Friday, March 30, 2012

Raja Dato' Seri Raja Ashman Shah Mangkat

30.03.2012, Jumaat - Dukacita dimaklumkan putera bongsu kepada Sultan Perak, Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini jam 01:30hrs. Jenazah akan dibawa ke Istana Iskandariah sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran, Kuala Kangsar, Perak. Almarhum mangkat kerana serangan Asma dikedimannya di Kuala Lumpur lebih kurang jam 01:30hrs tadi. Jenazah bertolak dari Kuala Lumpur jam 06:36hrs dan dijangka tiba di Istana Iskandariah pada jam 08:30hrs. Istiadat permakaman mengikut adat istiadat diraja Perak akan berlangsung selepas solat Asar. Kepada anda yang hendak menziarahi jenazah di Istana boleh menggunakan pakaian bewarna hitam tanpa lilitan putih.

Al-Fatihah kepada Almarhum Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.

kami di sillygarden bersedih dengan pemergian Almarhum. Semoga Almarhum mendapat tempat di kalangan para Syuhada dan hamba Allah yang soleh...

----dipetik dari tengkusyah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment